Design workflow Agentic AI secara umum.
Page ni bukan untuk satu niche. Ini cara fikir universal: sales, admin, content, support, report, HR, finance — semua boleh guna canvas yang sama sebelum masuk niche-specific.
Workflow canvas umum.
Isi canvas ni dulu. Jangan terus fikir tool/API.
1. Masalah kerja
Apa kerja berulang yang makan masa? Contoh: follow-up lead, susun invoice, ringkas meeting, report sales, draft content.
2. Trigger
Apa yang mula proses? Email masuk, form submit, jam 9 pagi, file upload, mesej WhatsApp, atau arahan manusia.
3. Data & context
Apa AI perlu tahu? SOP, harga, FAQ, policy, customer history, data sales, calendar, dokumen.
4. Output AI
Apa hasil akhir? Draft mesej, summary, task list, report, decision recommendation, update CRM.
5. Approval rule
Bila manusia perlu approve? Customer-facing, duit, delete/write data, legal, reputation, system access.
6. Audit & learn
Log keputusan, siapa approve, action dibuat, result. Jika berjaya, jadikan SOP/skill.
Contoh umum, bukan niche-specific.
Contoh ini hanya untuk tunjuk cara guna canvas. Niche pages akan datang kemudian.
Sales/admin
Trigger: lead masuk. AI baca info, tanya soalan, draft follow-up, owner approve, log status.
Report
Trigger: setiap Isnin. AI baca data read-only, ringkas trend, cadang 3 tindakan, hantar report.
Content
Trigger: idea kasar. AI buat angle, outline, draft caption/script, manusia edit dan approve.
Support
Trigger: tiket/email masuk. AI classify isu, cari SOP, draft jawapan, escalate jika sensitif.
Formula pendek
Kalau kerja tu berulang + ada SOP + output boleh disemak manusia, itu calon baik untuk Agentic AI.